TERMA DAN SYARAT
OKTOBER 2024
1) PENDAHULUAN
1.1 Laman Web designmudah.com ini dikendalikan oleh Polaris Creative Centre (selepas ini, “Polaris”) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
1.2 Halaman ini mengandungi maklumat penting mengenai hak dan undang-undang ketika anda menggunakan Laman Web dan semua Perkhidmatan termasuk urusan jual beli yang terkandung di dalam Laman Web ini. Berikut ini adalah antara syarat penggunaan di Laman Web ini.
1.3 Syarat penggunaan ini (“Syarat”) seperti mengakses, melayari dan penggunaan oleh Pelanggan dan/atau Penjual (selepas ini, “Pengguna”) https://designmudah.com/, termasuk subdomainnya dan/atau bahagian Laman Web serta Perkhidmatan yang diberikan melalui Laman Web yang merangkumi muat turun, muat naik, urusan jual beli dan penggunaan isi kandungan tertentu.
1.4 Sebelum mengakses dan menggunakan Laman Web designmudah.com (selepas ini, “Laman Web”) atau Perkhidmatan (selepas ini, “Perkhidmatan”), Pengguna mesti membaca syarat penggunaan terlebih dahulu. Sebarang tindakan mengakses dan menggunakan Laman Web atau Perkhidmatan menunjukkan bahawa Pengguna telah membaca dan menerima segala syarat penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan. Polaris mengingatkan agar Pengguna kerap memeriksa syarat penggunaan kerana Polaris berhak untuk mengubahnya pada bila-bila masa (tarikh pada awal syarat ini merujuk kepada kemas kini terkini syarat-syarat ini).
1.5 Beberapa Perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web mungkin tertakluk kepada Syarat-syarat Khusus atau arahan tertentu yang mesti diterima oleh Pengguna sebelum menggunakan penyediaan Perkhidmatan yang berkaitan. Syarat-syarat khusus ini mungkin dikenakan oleh Polaris Pembekal Perkhidmatan atau Pihak Ketiga. Jika syarat-syarat khusus tersebut bertentangan dengan Syarat Pengguna, maka Syarat-Syarat Khusus tersebut tidak akan terpakai. Oleh itu, Pengguna mesti membaca dan menerima syarat khusus tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan yang berkaitan.
1.6 Sekiranya Pengguna rasa keberatan untuk mematuhi Syarat Penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan, jangan teruskan penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan ini.
2) PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
2.1 Melalui Laman Web ini, Pengguna boleh memuat turun atau menawarkan produk mereka.
2.2 Pengguna boleh memuat naik atau menawarkan jualan sebarang produk rekaan grafik seperti template, vector, logo, foto dan sebagainya.
3) PERKHIDMATAN YANG DILARANG
3.1 Pengguna dilarang menawarkan khidmat jual beli Produk Fizikal yang memerlukan penghantaran secara pos seperti jual beli pakaian, kenderaan dan lain-lain.
3.2 Pengguna dilarang keras menawarkan atau memuat naik template rekaan grafik atau foto dan sebagainya bagi produk-produk yang dilarang oleh Islam dan undang-undang negara seperti berikut.
3.2.1 Semua jenis Dadah, Ubatan, Makanan Kesihatan atau Barangan Kosmetik yang terlarang.
3.2.2 Arak atau sebarang minuman dan makanan yang dilarang oleh Islam.
3.2.3 Aktiviti maksiat seperti LGBT, Kelab Malam, Rumah Urut, Pornografi dan sebagainya.
3.2.4 Perjudian, FOREX, dan sebagainya.
3.2.5 Rekaan Grafik atau foto yang boleh menjatuhkan maruah, menimbulkan fitnah atau ancaman terhadap mana-mana individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya.
3.2.6 Ayat-ayat Al-Quran, Bible dan semua jenis kitab agama, rekaan grafik atau gambar yang dianggap ‘Tuhan’, ‘Nabi’, ‘Dewa’, dan sebagainya. Hal ini dilarang bagi menjaga kesucian Islam dan Al-Quran serta menjaga sensitiviti agama.
3.3 Perkara-perkara tersebut dilarang kerana Polaris amat menentang keras segala urusan jual beli yang berkaitan dengan jenayah dan maksiat. Polaris juga bimbang dan menentang keras segala urusan jual beli yang tidak menepati syariat atau bertentangan dengan Islam.
3.4 Polaris tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pengguna melanggar dan melakukan urusan jual beli yang dilarang tersebut. Segala kerosakan yang berlaku akibat perlanggaran syarat ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Pengguna.
3.5 Polaris berhak membatalkan serta merta akaun Pengguna jika mendapati berlaku urusan jual beli berkaitan produk atau aktiviti yang dilarang tersebut.
4) PENGGUNAAN YANG DIBENARKAN
4.1 Pengguna berjanji dan bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan untuk tujuan penipuan atau dengan cara yang menyalahi undang-undang.
4.2 Pengguna hanya dibenarkan untuk menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan sesuai dengan Syarat dan dengan kaedah yang betul.
4.3 Penggunaan robot, program, alat atau apa-apa cara yang bertentangan dengan cara penggunaan biasa untuk mengakses, menyalin atau mengawal mana-mana bahagian Laman Web atau Perkhidmatan dilarang sama sekali.
4.4 Jika berlaku sebarang tindakan sedemikian, Polaris akan membatalkan akaun Pengguna dan Pengguna wajib membayar ganti rugi kepada Polaris atas semua kerosakan yang dialami akibat pelanggaran perjanjian ini oleh Pengguna.
4.5 Pengguna tidak akan mengganggu fungsi Laman Web atau Perkhidmatan dan tidak menyamar sebagai Pengguna atau orang lain. Pengguna bersetuju untuk tidak melakukan tindakan yang boleh merosakkan, atau menghalangi penggunaan Laman Web atau Perkhidmatan secara normal, yang boleh mempengaruhi keselamatan Laman Web atau Perkhidmatan, atau yang dengan cara apa pun boleh mengganggu Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Polaris.
5) PERJANJIAN LESEN
5.1 Polaris memberi kebenaran kepada Pengguna untuk memuat turun dan menggunakan Kandungan designmudah.com tapi dengan Syarat tidak boleh dipindah milik, terhad, tidak eksklusif selama tempoh hak yang berkaitan. Pengguna boleh memuat turun, menggunakan dan mengubah Kandungan designmudah.com, dalam perisian yang dimiliki atau dikendalikan oleh Pengguna dan hanya untuk tujuan penggunaan yang dibenarkan berdasarkan Syarat yang telah ditetapkan.
5.2 Pengguna boleh menggunakan kandungan dalam Kandungan designmudah.com dengan syarat:
5.2.1 Kandungan dalam designmudah.com tidak digunakan atau disertakan dalam pangkalan data, arkib atau produk media/stok lain, koleksi, set klip, atau perpustakaan, untuk diedarkan atau dijual kembali.
5.2.2 Tidak menggunakan apa-apa kandungan dalam Kandungan designmudah.com yang mungkin dianggap memfitnah, mencabul, tidak bermoral atau menyalahi undang-undang, termasuk, menggunakan kandungan designmudah.com yang boleh menyebabkan orang yang muncul bersama kandungan designmudah.com diletakkan dalam situasi yang negatif atau menggambarkannya dengan cara yang mungkin menyinggung perasaan seperti penggunaan pornografi, sokongan politik, produk terlarang, dan;
5.2.3 Tidak menggunakan apa-apa kandungan dalam Kandungan designmudah.com untuk menghina, menyelar atau memfitnah seseorang, bangsa, jantina, budaya, agama, negara, wilayah, bandar, kampung, persatuan, organisasi, syarikat, pertubuhan, parti dan kumpulan.
5.3 Adalah dilarang bagi Pengguna untuk mengizinkan pihak ketiga untuk menggunakan Kandungan designmudah.com atau pengubahsuaian mana-mana dalam Kandungan designmudah.com.
5.4 Pengguna tidak mempunyai hak dari penggunaan kandungan dalam Kandungan designmudah.com. Khususnya, Pengguna tidak dibenarkan menyebarkan, menjual kembali atau menyewa kandungan apa pun dalam Kandungan designmudah.com atau pengubahsuaian kandungan apa pun dalam Kandungan designmudah.com.
5.5 Hak Pengguna di bawah Bahagian ini akan berakhir secara automatik tanpa pemberitahuan sekiranya Pengguna melanggar mana-mana Syarat. Sekiranya berlaku penamatan hak, Pengguna mesti berhenti menggunakan kandungan dalam Kandungan designmudah.com dan akan memusnahkan setiap salinannya secara keseluruhan.
6) PENDAFTARAN
6.1 Untuk menggunakan Perkhidmatan tertentu, Pengguna mesti mendaftar, membuat nama Pengguna dan kata laluan serta mengaktifkan akaun. Untuk tujuan ini, Pengguna mesti memberikan alamat e-mel yang sah di mana Pengguna akan menerima pemberitahuan yang berkaitan dengan Perkhidmatan.
6.2 Pengguna bersetuju untuk memberikan maklumat wajib yang diperlukan untuk pendaftaran dan juga mengakui bahawa maklumat tersebut adalah benar, lengkap dan terkini. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemas kini maklumat tersebut. Sekiranya Pengguna memberikan maklumat palsu, atau tidak lengkap, atau sekiranya Polaris mempunyai alasan untuk mencurigainya, Polaris berhak untuk menggantung atau membatalkan akaun Pengguna.
6.3 Pengguna mesti melindungi dan merahsiakan kata laluan akaun dan tidak boleh mendedahkannya kepada pihak ketiga. Pengguna tidak boleh membenarkan Pengguna lain mengakses Perkhidmatan melalui akaun Pengguna atau menggunakan akaun Pengguna lain untuk mengakses Perkhidmatan.
6.4 Pengguna bertanggungjawab untuk semua operasi yang dilakukan melalui akaun Pengguna. Sekiranya Pengguna mengesyaki bahawa Pengguna lain menggunakan akaunnya, Pengguna harus segera memberitahu Polaris.
6.5 Polaris boleh menggantung atau membatalkan akaun Pengguna jika menganggap bahawa Pengguna telah melanggar syarat-syarat ini.
7) TANGGUNGJAWAB PENGGUNAAN LAMAN WEB
7.1 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan atas risiko Pengguna sendiri dan di bawah tanggungjawab Pengguna. Oleh itu, Polaris tidak bertanggungjawab untuk penyalahgunaan atau penggunaan yang melanggar syarat-syarat yang berkaitan Laman Web atau Perkhidmatan.
7.2 Pengguna akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan pada Syarikat yang disebabkan oleh penggunaan Laman web dan Perkhidmatan oleh Pengguna yang melanggar syarat dan bertanggungjawab untuk memberi ganti rugi kepada Polaris dan para pengarah dari sebarang bentuk tanggungjawab yang mungkin ditanggung oleh mereka akibat pelanggaran syarat-syarat ini oleh Pengguna.
7.3 Polaris tidak menjamin ketersediaan, kelangsungan Laman Web atau Perkhidmatan, sama ada kebolehpercayaan, kualiti, kelengkapan, ketepatannya atau sama ada sesuai untuk tujuan atau aktiviti tertentu. Polaris tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang mungkin berlaku seperti:
7.3.1 Gangguan, virus, masalah teknikal, gangguan elektrik, kegagalan rangkaian telekomunikasi atau peralatan Pengguna.
7.3.2 Tindakan pihak ketiga.
7.3.3 Ketiadaan Laman Web dan Perkhidmatan kerana penyelenggaraan atau kemas kini perisian.
7.3.4 Sebarang perkara lain di luar kawalan langsung Polaris.
7.4 Mengenai kandungan yang dimiliki oleh pihak ketiga (jika ada), Polaris bertindak secara eksklusif sebagai penyedia perkhidmatan carian seperti yang diminta oleh Pengguna, tanpa memikul tanggungjawab untuk hasil carian.
7.5 Sebarang pautan laman web dari syarikat lain tidak mempunyai hubungan dengan Polaris. Oleh itu, Polaris tidak menerima sebarang tanggungjawab berkaitan dengan kandungan laman web yang dipautkan kecuali dalam keadaan tertentu yang disediakan oleh perundangan berkaitan.
7.6 Mengenai kandungan yang dimiliki oleh pihak ketiga dan ditawarkan melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan bekerjasama dengan Polaris (jika ada), Polaris bertindak secara eksklusif sebagai penyedia perkhidmatan perantara antara tawaran kandungan pihak ketiga dan Pengguna yang berminat untuk memuat turun mereka, tanpa sebarang tanggungjawab berkaitan dengan kandungan tersebut.
8) PERJANJIAN PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN
8.1 Pengguna perlu membuat bayaran terlebih dahulu menggunakan sistem bayaran oleh Syarikat Penyedia Perkhidmatan Pembayaran sebelum memuat turun mana-mana produk yang ditawarkan melalui Laman Web ini.
8.2 Pembayaran untuk mendapatkan perkhidmatan yang dtawarkan di Laman Web ini hanya boleh dilakukan melalui Laman Web ini. Sekiranya Pengguna melakukan transaksi pembayaran di luar Laman Web ini, Polaris tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berlaku berkaitan dengan bayaran tersebut.
8.3 Dengan mengisi borang “Billing details” dan tekan butang “Place order”, Pengguna menyatakan persetujuan penuh terhadap Perjanjian ini dan memberi kuasa kepada penyedia perkhidmatan pembayaran dan Polaris untuk menyimpan nama, nama keluarga, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor kad, tarikh luput kad dan memulakan urus niaga bagi pihak Pengguna untuk memproses pembayaran.
8.4 Maklumat ini akan digunakan untuk memproses pembayaran pada masa depan mengikut syarat yang dinyatakan di atas serta syarat khusus penyedia perkhidmatan pembayaran.
9) KOMISYEN
9.1 Pengguna berhak menetapkan sendiri harga produk masing-masing. Bagaimanapun Minimum harga yang ditetapkan tidak boleh kurang dari rm10.
9.2 Polaris akan mengambil komisyen sebanyak 30% atas setiap produk yang ditawarkan
9.3 Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati menetapkan harga agar tidak timbul masalah atau rasa tidak puas hati setelah menerima pembayaran.
10) PERMOHONAN PENGELUARAN WANG
10.1 Permohonan untuk mengeluarkan wang boleh dilakukan jika wang dalam akaun Pengguna melebihi RM 5
10.2 Cara wang dihantar kepada Pengguna adalah melalui kaedah bank transfer.
11) PEMULANGAN WANG
11.1 Sebarang permohonan untuk pemulangan wang TIDAK diterima. Oleh sebab itu Pengguna dinasihatkan agar meneliti setiap produk terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
12) PERISIAN ATAU APLIKASI
12.1 Produk Digital yang dijual menggunakan perisian atau aplikasi tertentu seperti Adobe illustrator, Photoshop dan sebagainya. Jadi pastikan Pengguna memiliki perisian atau aplikasi tersebut dan mempunyai kemahiran untuk menggunakannya.
12.2 Pengguna dinasihatkan agar membaca description setiap produk yang ingin dibeli secara teliti bagi mengetahui perisian atau aplikasi yang diperlukan bagi produk tersebut.
12.3 Polaris tidak akan bertanggungjawab jika Pengguna tidak dapat membuka atau ubahsuai file template, vector dan sebagainya disebabkan tidak memiliki aplikasi atau perisian yang diperlukan
13) HARTA INTELEK
13.1 Semua hak harta intelek dalam Laman Web, Perkhidmatan, reka bentuknya, dan kod sumbernya, dan semua kandungan yang termasuk di dalamnya milik atau dilesenkan kepada Polaris.
14) PERUBAHAN DAN PENUTUPAN LAMAN WEB
14.1 Polaris boleh, pada bila-bila masa, mengubah kandungan Laman Web atau Perkhidmatan, menghadkan atau mengubah Syarat atau berhenti memberikan beberapa atau semua Perkhidmatan dan ciri-ciri yang ada atau menyahaktifkan dan menghapus semua atau beberapa akaun Pengguna dan maklumatnya yang sepadan. Namun, Polaris akan bertanggungjawab mengenai catatan berhubung dengan urus niaga tertentu untuk jangka waktu yang berkaitan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.
15) MAKLUMAT PERHUBUNGAN DAN PERTANYAAN
15.1 Pengguna boleh membuat sebarang pertanyaan berkenaan Syarat Penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan upahmudah.com melalui e-mel support@designmudah.com